Saturday, May 18, 2013

               

         Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera  kepada semua.  Diharap kalian semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.  Hari ini merupakan hari yang paling gembira dan hari yang agak terkilan juga buat diriku. 18 May 20013, tarikh yang keramat dalam hidupku.  Genap sudah usiaku mencapai 21 tahun.  Tapi yang menjadi terkilan bagiku ialah dari semalam aku menunggu ucapan itu diungkap dan diucapkan kepadaku,namun hampa,mungkin aku sudah tiada maknanya lagi bagi mereka.  Aku tahu, diriku ini bukan lah insan yang penting yang perlu mereka ingatkan, tapi secara logiknya adab berkawan, apa yang penting bagi seorang kawan itu, maka akan menjadi sesuatu yang penting juga buat dirinya.  Tidak mengapalah, aku faham mungkin kesibukan yang menyebabkan mereka terlupa.  Tapi yang peliknya, aku ada beri sedikit klu atau sign untuk melihat keprihatinan mereka, ternyata diriku sememangnya telah dilupakan.  Sengajaku tukar tarikh lahirku di facebook, untuk melihat kecaknaan mereka, kadang-kadang terasa bagaikan cebisan sisa yang berterbangan ke sana-sini mencari sesuatu ketenangan, namun kehadiranku itu tidak diendahkan.
            Duhai sahabat, andai diriku ini tiada lagi dalam bayangan senarai insan yang dikau ingati, maka pergilah aku membawa diri dan kenangilah daku dalam doa kudusmu.  Sebenarnya bukan lah aku nak mengungkit atau meluahkan perasaan tidak puas hati, tetapi cuma agak terkilan mengapa sebegitu tidak pentingnya aku padamu.  Aku sentiasa mencuba mengingati dan mengambil tahu apa yang digemarimu dan apa yang dibencimu supaya dikau terasa dirimu amat berharga.  Mungkin perkataan 'Ibarat cebisan sisa yang tiada maknanya' itu sesuai untuk ku yang memang sudah tidak dipedulikan lagi. Tidak mengapalah, andai suatu hari nanti dikau terbaca coretan ku ini, tak perlulah dikau menyesali dan cuba mencariku, kerana cebisan sisa itu bukan sesuatu yang senang untuk dicari kerana apabila ia dah terbuang, pasti akan dibawa ke merata-rata tempat oleh sang bayu.  Oleh kerana tiada yang sudi mengingati peristiwa yang menjadi bukti kewujudan ku didunia ini, maka biarlah aku bersendirian memperingatinya...'SELAMAT HARI LAHIR MAZIDAH YANG KE-21'..

No comments:

Post a Comment